About This Blog

Bermula dengan rasa kagum dan terdorong, Blog ini didedikasi untuk saudara Muhammad bin Sabu, seorang pejuang rakyat sekian lama dan seorang ahli politik Islam di Malaysia. Blog ini mengongsi pelbagai topik kemasyarakatan, topik berkaitan Muhammad Sabu dan perjuangannya. Saya amat berbesar hati jika pelawat semua dapat kongsikan maklumat yang berkaitan dengan tema blog ini

Tuesday, 26 July 2011

Bersih 2.0: Mat Sabu kekal pertahan pendirian, tikai kenyataan polis

Oleh Shannon Teoh
July 26, 2011
http://www.themalaysianinsider.com KUALA LUMPUR, 26 Julai — Mohamad Sabu mendakwa polis terus mengelirukan orang ramai sambil menegaskan motosikal yang diboncengnya ketika perhimpunan Bersih 9 Julai lalu secara sengaja telah dirempuh oleh kereta polis Proton Waja dan bukannya Mitsubishi Pajero.
Polis mengeluarkan klip video berkaitan isu itu Khamis lalu.
Timbalan Presiden PAS (gambar) ini berkata, dalam laporan polis dibuat pada 14 Julai lalu, yang diedarkan kepada media hari ini, beliau mengatakan bahawa Proton Waja yang merempuh motosikal diinaikinya dan menyebabkan kecederaan dan kemudian ditahan polis yang membawanya ke Mitsubishi Pajero.
“Kami kecewa dengan (kenyataan) Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, yang digunakan sebagai alat Umno dan Barisan Nasional dengan berbohong dan mendakwa keadaan saya sebagai palsu,” kata beliau sambil menambah, tindakan mempersoalkan kesihatan adalah satu politik paling jijik.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menayangkan rakaman CCTV minggu lalu, menunjukkan tiada kontak langsung dengan Mohamad, sebaliknya didakwa jatuh sendiri.
Salleh mendakwa siasatan mereka menunjukkan motosikal dibonceng Mohamad terjatuh selepas melanggar pembahagi jalan di hadapan kereta polis.
Salleh juga mendakwa kecederaan Mohamad bukan sesuatu yang serius kerana tiada keretakan.
“Saya tidak tahu mengapa dia menggunakan kereta roda,” kata Salleh lagi minggu lalu.
Pada sidang media hari ini, Mohamad menambah “dalam video itu sendiri, di belakang Pajero, anda boleh melihat Waja menyeberang dan melanggar saya.”
“Persoalannya ialah sedangkan pesaing kami ialah Umno dan BN, mengapa kami dikasari oleh polis, yang sepatutnya profesional dan berkecuali,” kata beliau.
Dalam temu bual dengan Harakah Daily Ahad lalu, Mohamad mempertahankan dakwaannya ke atas polis sebelum ini bahawa motosikal diboncengnya telah dirempuh kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Sehubungan itu Mohamad yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, beliau tiada sebab untuk berbohong berhubung nasib dialaminya tiga minggu lalu.
“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Mohamad.
Sabtu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menghalang hasrat Mohamad yang dilapor mahu menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Bersih.
Kata beliau, polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.
Mohamad juga telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada PDRM kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal diboncengnya.

Terorisme Wahabi Dr Asri, ulama: Mat Sabu ketawa
Jimadie Shah Othman
Jul 26, 11
3:07pm
http://www.malaysiakini.com Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme.

"Macamlah juga enam orang yang ditahan (atas alasan) hendak menggulingkan Yang di-Pertuan Agong. Itu semua cerita rekaan semata-mata. Tak ada apa-apa pun. 

NONE"Ini cuma propaganda menjelang pilihan raya dalam keadaan Umno dan BN tersepit sekarang, terutama sekali imej mereka di peringkat antarabangsa (terjejas)," dakwanya yang terus tersenyum.

Hadir sama dalam sesi itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan tiga naib presiden PAS - Datuk Mahmuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Malaysiakini semalam melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Difahamkan, taklimat tertutup MKN yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

Semangat keislaman
Sumber-sumber juga mengaitkan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain dengan jaringan itu.

NONESementara itu, Mahfuz (kiri) pula berpendapat, dakwaan tersebut perlulah dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut yang berkongsi "semangat keislaman".

"Atas semangat keislaman, perkara ini tidak baik," katanya yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Husam pula sempat menyampuk" "Bukan (dengan) Arab Saudi sahaja. Tetapi dengan tiga negara sekali gus. Sudahlah kita dah bergaduh dengan Perancis."

Pada 22 Julai, peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang untuk bercakap tentang urusniaga pembelian kapal selam Scorpene dihantar pulang selepas ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Mustafa pula mengumumkan keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS hari ini yang melantik ketiga-tiga naib presiden PAS sebagai penyelaras parlimen Titiwangsa ekoran kematian wakil rakyatnya Dr Lo' Lo' Ghazali.

"Titiwangsa juga akan dijadikan parlimen angkat PAS pusat," katanya.

Thursday, 21 July 2011

Mat Sabu: 'Tunggu kita saman di mahkamah'

Abdul Rahim Sabri http://www.malaysiakini.com
Jul 21, 11
7:15pm
Kongsi 82

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas kenyataan polis yang mendakwa beliau membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya pada perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu.

"Saya tidak mahu menjawab apa-apa... Tunggu kita saman di mahkamah," katanya melalui satu kiriman SMS lewat petang ini.

Ditanya bila tindakan itu akan diambil, Mohamad menjawab: "Kena tanya peguam Hanipa Maidin".

NONEPolis hari ini tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mohamad kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya 

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, dilaporkan berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

"Malah rakamanCCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya sewaktu tayangan video berhubung perhimpunan itu.

Mohamad mengalami kecederaan dengan ligamen lutut kanannya terkoyak sehingga memerlukan menjalani pembedahan.

Berikutan itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci di bahagian pelipat lututnya.

Mohamad juga menafikan bahawa beliau berlakon untuk meraih simpati di atas kejadian yang menimpanya. 

Sunday, 3 July 2011

Mohd Sabu nafi laporan sedia ditahan ISA

http://www.malaysiakini.com


Jul 3, 11 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan laporan akhbarSinar Harian hari ini bahawa beliau bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

NONESebaliknya, katanya, beliau hanya menyebut bahawa polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa sahaja.

"(Laporan) itu tidak betul. Saya sebut polis ada kuasa unutk menahan sesiapa sahaja. Adalah pelik orang yang cintakan demokrasi ditangkap bawah ISA.

"Saya tidak sebut sedia ditangkap ISA, seolah-olah mencabar polis untuk tangkap (saya) bawah ISA... Siapa mahu kena tangkap ISA," katanya ketika menghubungi Malaysiakini.
Tegasnya lagi, beliau tidak mencabar polis untuk menahannya, termasuk pemimpin PAS.

Bagaimanapun, katanya, PAS menyokong tuntutan BERSIH pada perhimpunan 9 Julai ini di ibu negara.

Tambahnya, masyarakat dunia akan berasa pelik, orang yang mempertahankan demokrasi ditahan di bawah akta tersebut.

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa jika ditahan ISA sekalipun, pemimpin PAS tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut.

Mohamad dilapor berkata beliau dan pemimpin PAS yang lain tidak akan berundur dan perhimpunan itu akan diteruskan kerana itulah perjuangan.

Laporan itu juga menyebut beliau berkata, walaupun terdapat kenyataan daripada pihak berkuasa untuk menahan mereka yang terbabit, beliau tetap nekad menyertai perhimpunan tersebut.

Beliau dilapor berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Presiden PAS dan Kutipan Derma Unit Peti Undi Langgar, di Jalan Kubur Maras, Kota Bharu.