About This Blog

Bermula dengan rasa kagum dan terdorong, Blog ini didedikasi untuk saudara Muhammad bin Sabu, seorang pejuang rakyat sekian lama dan seorang ahli politik Islam di Malaysia. Blog ini mengongsi pelbagai topik kemasyarakatan, topik berkaitan Muhammad Sabu dan perjuangannya. Saya amat berbesar hati jika pelawat semua dapat kongsikan maklumat yang berkaitan dengan tema blog ini

Tuesday, 10 May 2011

Timbalan: Pencalonan Abang Mat terus dahului Ust. Nasha - Lagi Kata media



Tertarik dengan komen ibrahim dalam komen di themalaysianinsider:



0
tokngah's avatar
tokngah· 1 day ago
Mat Sabu dituduh Syiah atau sekurang-kurangnya dia cenderung kepada Syiah. Sewajarnya orang-orang PAS menolak orang macam ni.
2 replies · active less than 1 minute ago
-1
BIN's avatar
BIN· 1 day ago
Ha ha ha... kenapa tak cakap Mat Sabu tu Trio Sumpah-sumpah....
0
ibrahim's avatar
ibrahim· 6 hours ago
Setakat mahir selok belok situasi timur tengah, mahir sejarah revolusi Iran, tak cukup nak dikata syiah. Ciri syiah yang paling dibenci ummah ialah bermuka-muka. Depan ahli kata tiada UG tapi di belakang..?, Dah berunding, barjanji dan tawar-menawar macam-macam dengan UBN. Itu Mat Sabu yang buat ke?! Syiah konon


No 2 PAS: Mat Sabu atasi senarai pencalonan, tapi ‘belum selesa’

May 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden mengatasi jumlah yang diterima penyandangnya Nasharudin Mat Isa, setakat hujung minggu lalu.
The Malaysian Insiderdifahamkan Mohamad yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu” sudah memperoleh 70 pencalonan manakala Nasharudin hampir 40 pencalonan daripada lebih 130 kawasan sudah bermesyuarat.
PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.
Setakat hujung minggu lalu, hampir 75 peratus kawasan atau bahagian sudah pun mengadakan mesyuarat dan membuat pencalonan masing-masing. Ada kawasan yang tidak mencalonkan sesiapa pun.
Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah 15 Mei ini.
Pemerhati-pemerhati politik PAS juga berpandangan bahawa jumlah pencalonan tidak semestinya akan mencerminkan arah aliran sokongan dan undi pada hari pemilihan kelak.
“Jumlah pencalonan diterima Mat Sabu (gambar) agak menarik tetapi seperti tahun-tahun lalu dan di parti-parti lain, pencalonan tidak semestinya boleh diterjemahkan dalam bentuk undi dan sokongan muktamad... atau kemenangan seseorang calon,” kata seorang penganalis ketika dihubungi.
Bagaimanapun penganalisis itu tidak menafikan pencalonan diterima oleh Mohamad, bekas naib presiden dan bekas ahli Parlimen, menggambarkan perkembangan semasa dalam parti Islam itu.
Mohamad, yang minggu lalu mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden, enggan mengulas perkembangan semasa ini.
Pada pemilihan 2009, Mohamad hanya menerima sekitar 30 pencalonan.
“Akhirnya, para perwakilan akan meletakkan pertimbangan antara latar belakang ulama dan profesional dalam menentukan sokongan mereka,” kata sumber itu yang tidak menafikan populariti Mohamad sebagai penceramah paling popular di kalangan pemimpin kanan PAS  buat masa sekarang.
Rata-rata, Mohamad memperoleh pencalonan dari semua negeri - Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka Sabah, Kelantan, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun setakat ini Mohamad masih belum menerima sebarang pencalonan daripada Terengganu.
Dari segi pecahan kasar, Mohamad menerima pencalonan paling banyak dari Johor dengan 15 pencalonan, diikuti Perak (13), Kedah (lapan), Kelantan (enam), Pulau Pinang dan Sabah (lima), Selangor dan Negeri Sembilan (empat), Pahang (tiga) manakala Melaka, Perlis dan Wilayah Persekutuan masing-masing menyumbang dua pencalonan dan satu dari Sarawak
Tambah sumber itu, keputusan itu diperoleh dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah selesai mengadakan mesyuarat bagi menamakan bakal calon yang akan ditentukan nasib pada pemilihan bulan depan.
Selain Mohamad dan Nasharudin, empat lagi pemimpin utama PAS turut dicalonkan bagi jawatan itu.
Ketiga-tiga pemimpin itu adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 17 pencalonan, Menteri Besar Kedah dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (lima pencalonan), seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (empat pencalonan) dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan satu pencalonan.
Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharudin sudah mengesahkan untuk bertanding bagi jawatan tersebut.
Dalam laporan Harakah awal minggu lalu, akhbar parti PAS edisi terbaru, Nasharudin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.
Nasharudin berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.
“Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.
“Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding,” katanya.
Pada pemilihan 2009, kerusi timbalan presiden menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad, Nasharudin dan Datuk Husam Musa yang mana keputusannya memihak kepada Nasharudin yang menghimpunkan 480 undi.
Husam memperoleh 281 undi sementara Mohamad hanya mendapat 261 undi.
Husam, kini ahli jawatankuasa PAS pusat telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan itu kali ini.

No comments:

Post a Comment