About This Blog

Bermula dengan rasa kagum dan terdorong, Blog ini didedikasi untuk saudara Muhammad bin Sabu, seorang pejuang rakyat sekian lama dan seorang ahli politik Islam di Malaysia. Blog ini mengongsi pelbagai topik kemasyarakatan, topik berkaitan Muhammad Sabu dan perjuangannya. Saya amat berbesar hati jika pelawat semua dapat kongsikan maklumat yang berkaitan dengan tema blog ini

Tuesday, 26 April 2011

LAGI PRO DAN KONTRA PENCALONAN ABANG MAT


Nasharudin masih dapat sokongan pertahan timbalan 



Wednesday, April 27, 2011 
Nasharudin Mat Isa, timbalan presiden PAS masih mendapat sokongan ramai dalam parti untuk mempertahankan jawatan nombor dua, walaupun berdepan tekanan pesaing-pesaing.

Nasharudin yang berdepan saingan sengit dalam pemilihan yang lepas dan jarang muncul dalam media kebelakangan ini menerima beberapa pencalonan untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Beliau yang diletak sebagai mewakili golongan ulama dalam PAS disokong untuk mempertahankan jawatan itu yang dilihat sebagai bakal pengganti presiden.

Faktor mengekalkan tokoh berpendidikan agama sebagai dua pemimpin tertinggi yang menjadi amalan PAS selama ini menyumbang kepada sokongan dan pencalonan diterima beliau.

Golongan ulama dan agamawan yang menguasai akar umbi parti dilihat berusaha memastikan jawatan nombor dua itu dipegang tokoh berpendidikan agama yang dilihat sebagai mampu memimpin parti Islam itu.

Nasharudin mempunyai latar pendidikan Islam dan bergiat dalam aktiviti gerakan Islam antarabangsa, termasuk di Palestin.

Sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang dilihat ramai sebagai layak memegang jawatan timbalan presiden menolak pencalonan untuk jawatan itu.

Nasharudin mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 2009 menewaskan dua calon berprofil tinggi yang mendapat sokongan ramai di dalam dan luar parti; Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu telah menunjukkan kesediaan mencabar Nasharudin buat kali kedua tahun ini, dan sudah mengatur kempen membina sokongan.

Husam pula dilihat memberi laluan kepada Mohamad untuk mencabar Nasharudin apabila kawasannya, Kubang Kerian mencalon Mohamad untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Husam dicalonkan untuk mencabar Presiden Abdul Hadi Awang oleh PAS Kawasan Bukit Bintang, tetapi menolak pencalonan itu dan mengatakan Abdul Hadi tidak perlu dijatuhkan.

Selain Mohamad, beberapa nama lain turut disebut untuk bertanding jawatan nombor dua itu, tetapi belum ada lagi yang menyatakan kesediaan bertanding.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

komen 
Jika ahli cinta kepada Ust Nasa maka dia akan kekal diberi amanah Timbalan Presiden PAS.Tetapi jika ahli lebih cintakan PAS dan Rakyat maka lebih baik beri ruang persegaran kepada PAS dan PR. Semua harus bertanggungjawab menjernihkan persepsi rakyat dengan isu PAS-PR-UG(PAS-UBN).Maka Rakyat akan memandang tinggi kerana PAS benar-benar Untuk Semua dan Pemimpinnya memang berjiwa besar dan benar-benar bersama Rakyat.



Nik Aziz Mahu Tuan Ibrahim Tanding Timbalan Presiden?  http://msomelayu.blogspot.com
Respon dan komen di hujung


MALAM tadi ketika makan bersama dua kawan, tokoh politik kami membicarakan siapa yang layak untuk jadi timbalan presiden. Tanpa mengenepikan timbalan sekarang, Nasharudin Mat Isa, sesiapa yang hendak menentang beliau mestilah mereka yang lebih berilmu, bersyaksiyah berbanding dengan Nasharudin, begitu kata saya.

Kata saya Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi sayang ia tidak diguna sepenuhnya dan kesempatan untuk belaiu pamirkan kebolehan itu semacam tersekat inilah menyebabkan beliau seakan tidak berketrampilan.

Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-
apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.

Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.

Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.

Apabila isyarat itu sudah jelas saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekaligus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan yang menarik diri.

Walaupun sebelum ini Tuan Ibrahim mengatakan dia akan menolak pencalonan tetapi dengan terluahnya isyarat itu beliau akan memikirkan kembali. Saya percaya.

Ulasan lanjut akan menyusul. [ttdi. 1:22 T/HARI 26/04/11]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Respon: 

Rasanya, dengan konsistennya penentangan TG Mursyid Am PAS terhadap agen, agenda dan penyokong Kerajaan Perpaduan(UG) PAS-UBN maka, bukanlah abang Mat yang dia tidak senangi.
Nampak seperti gerakan saraf penyokong UG untuk menghalang kemaraan Pro-PR, Anti-UG atas nama Tuan Guru Mursyid Am.

PELBAGAI PRO-KONTRA TENTANG ABANG MAT

Bagi saya Kepimpinan Ulamak tidak bermakna kalangan ulamak saja yang harus menjadi pimpinan tertinggi parti Islam kerana syarat kepimpinan adalah 'Qawiyyun Amiin'(kompeten lagi berintegriti). Ditambah pula dengan situasi, realiti dan isu-isu semasa melingkungi kita, yang memerlukan semua kita, pencinta kebenaran dan sayangkan masa depan negara memahami bahawa, kriteri 'tidak ulamak' tidak harus jadi isunya. Bagi saya, abang Mat adalah perintis Kepimpinan Ulamak itu sendiri. Hadirnya, dan konsistennya, memperjelaskan kata-kata Mursyid Am bahawa 'semua pimpinan parti Islam adalah ULAMAK'. Jadi jangan terkeliru dengan dunia kita sendiri. Periksa apa kemahuan hukum-hakan agama dan realiti sunnatullah di sekeliling kita. 


Soal saya: Mahu yang terbaik untuk parti(atau pemimpin tertentu?) atau yang terbaik untuk ummat khususnya rakyat Malaysia? Kalau parti(atau pemimpin tertentu?) menang, tapi PR kalah buat apa?(nampak gaya parti asyik kalah je ni..). lagi satu, tak kan tak nampak, tak dengar langsung pasal tindak-tanduk yang mahu menggagalkan PR dari kalangan 'bangsa' ni? Secara konsisten mereka itu! 




Mohd Sabu Tawar Diri Sebagai Timbalan Presiden - Pandangan GB

Oleh: korban DIPETIK DARI http://www.tranungkite.net

"Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, beliau yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.
Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru, kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

“Saya bersedia memberi khidmat bagi jawatan timbalan presiden... saya bersedia sekiranya diberi peluang pada pemilihan PAS Jun ini,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah ini.

“Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor,” katanya.

Beliau merupakan naib presiden ketika bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lalu.

Mohamad, 55, berkata beliau tidak pasti sekiranya akan ada pertandingan bagi jawatan nombor dua kali ini.

“Sama ada ada pertandingan atau tidak, saya tidak tahu. Tapi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu kalau diterima perwakilan,” katanya.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Sebelum ini, Mohamad berkata, beliau hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS sekiranya mendapat sokongan dan pencalonan yang kuat di peringkat kawasan.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding kerana mahu membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam, khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden telah mengumumkan tidak akan berbuat demikian.

Dua tahun lalu selain Mohamad, turut bertanding mencabar Nasharudin ialah Datuk Husam Musa, seorang lagi naib presiden ketika itu dan Exco Kerajaan Negeri. -TMI

Ulasan GB(Greenboc) Bagi GB, GB TIADA HALANGAN untuk Mohd Sabu bertanding jawatan Timbalan Presiden, sekalipun tidak pula menggalakkannya.

Beliau berhak menawar diri, apabila kita melihat PAS sebagai sebuah parti politik konvensyenal yang mengamalkan lunas demokrasi. Sesiapa pun boleh menawar diri dari bertanding untuk apa jawatan sekalipun.

Seorang pemimpin pemuda memberitahu GB bahawa kita perlukan Mohd Sabu untuk "menghidupkan" parti yang sudah lesu, kita perlukan Mohd Sabu untuk membawa parti ke jalanraya semula.

Mohd Sabu memang dikenali dengan kelantangan, keberanian dan kebolehannya sebagai "crowd puller". Himpunan BERSIH adalah sinonim dengan namanya.

Tetapi perlukah seseorang itu berjawatan tertinggi di dalam parti untuk tujuan berkenaan?

Kita perlu menyedari bahawa kepimpinan dalam Islam bukan sekadar mempengaruhi orang, tetapi pemimpin menurut Islam adalah pemandu umat dalam melaksanakan amanah ketuhanan, “devine trust” – memelihara agama dan menguruskan dunia. Kepimpinan dalam Islam merupakan Tanggungjawab dan Amanah, bukannya suatu “tasrif” (kebesaran/kebanggaan).

Jawatan Timbalan Presiden bukan calang-calang jawatan di dalam parti. Maknanya di sini, Timbalan Presiden akan mengambil alih jawatan Presiden apabila Presiden itu tiada lagi samada uzur, meletak jawatan, menjadi Mursyidul Am, meninggal dunia dan lain-lain. Dua pemegang jawatan tertinggi parti adalah juga "tempat rujuk" bagi umat Islam, apabila melihat parti Islam juga sebagai sebuah jemaah Islam, bukan sekadar sebuah parti politik.

Oleh kerana ia bakal menjadi tempat rujuk, untuk dua jawatan tertinggi di dalam parti itu sebaik-baiknya diisi oleh mereka yang setidak-tidaknya mempunyai ijazah sarjana, bukan sekadar seorang pemegang diploma. Tetapi bukan pula haram bagi pemegang diploma menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

PAS kini perlukan pemimpin yang bukan saja pandai berpidato dan pandai mengarah, tetapi pandai bekerja. Pandai bekerja dalam ertikata berkeahlian di dalam merancang, mentadbir, mengurus, menyelia dan mengawal di dalam konteks dunia pengurusan moden, disamping pada masa yang sama mampu menjadi "imam" kepada ummah yang pada dirinya ada ciri yang mencontohi Rasulullah yang bergelar "uswatun-hasanah". Mesti berilmu. Wajib ada pada dirinya juga ciri-ciri siddiq, tabligh, amanah dan fatanah.

Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau apapun, selamat maju jaya kepada Mohd Sabu yang TELAH BERSETUJU menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden."
 

Analisa Sarawak - Sambungan 1


Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi
malaysiakini 
Kuek Ser Kuang Keng
Apr 26, 11
3:25pm
Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina.

NONESetiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi.

Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti.

"Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak.

azlanBerikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut.

Akhbar milik Umno -Utusan Malaysiajuga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu.

Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina.

Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera.

Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka.

Monday, 25 April 2011

1 Mei: Harga barang naik, gaji bila lagi

KUALA LUMPUR, 25 April: Jawatankuasa 1 Mei yang terdiri daripada lebih 60 kumpulan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik akan mengadakan perarakan sempena Hari Pekerja dengan tema ‘Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi" pada 1 Mei ini.

Menurut jurucakap jawatankuasa 1 Mei, S Arutchelvam (gambar), peserta dijangka berkumpul di Stesen Monorel Chow Kit dan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 10.30 pagi dan berakhir dengan bacaan deklarasi Hari Pekerja di Dataran Merdeka.

"Dijangkakan sekurang-kurangnya 500 peserta yang terdiri dari pekerja, mahasiswa dan aktivis masyarakat akan menyertai perarakan ini," kata beliau pada sidang media di bangunan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), hari ini.

Menyentuh mengenai permit polis, Arul menjelaskan beliau akan memaklumkan melalui notis pemberitahuan.

“Kami akan maklumkan kepada pihak polis. Saya tidak fikir mereka akan halang, kerana pada 26 Mac yang lalu satu perarakan Solidariti Kaum Wanita telah diadakan di Pasar Seni.

"Sebelum ini kita telah anjurkan acara yang serupa dan tiada sebarang gangguan," katanya yang juga setiausaha parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sementara itu, Arul memaklumkan, kira-kira 34 peratus atau bersamaan hampir 1.3 juta pekerja di Malaysia berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan.

Bahkan katanya, ada di antara pekerja terutama di sektor perladangan dan perkilangan yang mendapat gaji permulaan pada paras RM 450 sebulan, lebih rendah dari pendapatan di bawah kemiskinan iaitu RM720 sebulan.

“Dalam masa yang sama, harga keperluan asasi meningkat mendadak. Ini adalah reailiti kehidupan di Malaysia. Justeru tuntutan kami adalah kerajaan segera melaksanakan Akta Gaji Minima,” katanya.

Jelas beliau juga, tekanan oleh persatuan-persatuan majikan terhadap kaum pekerja sering kali menggagalkan tuntutan agar akta gaji minimum diluluskan di Parlimen.

“Kroni di didahulukan, untung diutamakan. Dasar kerajaan sering kali memihak kepada syarikat-syarikat besar. Sekarang, mereka boleh mengugut kerajaan, iaitu sama ada untuk menyebelahi pekerja, atau pun pengilang menarik keluar pelaburan,” ujarnya.

Justeru katanya, penyelesaian bagi gaji minima di Malaysia boleh dimulakan dengan memperkenalkan gaji minima kepada sektor tertentu terlebih dahulu seperti industri perkilangan.

“Tuntutan kita ialah kadar gaji minima adalah mengikut kadar beban kehidupan di Malaysia,  sekurang-kurangnya RM 900. Ia tidak boleh kekal kerana setiap kali adanya kenaikan barangan, seharusnya begitu juga dengan kenaikan gaji,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Bawani KS, Pengarah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Valerie Thomas, wakil Suaram, Andika Abd Wahab dan Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Izzuddin Helmi. Harakahdaily

Mat Sabu tawar tanding jawatan timbalan presiden

April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, beliau yang mesra dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.
Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.
Justeru, kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.
“Saya bersedia memberi khidmat bagi jawatan timbalan presiden... saya bersedia sekiranya diberi peluang pada pemilihan PAS Jun ini,” kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah ini.
“Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor,” katanya.
Beliau merupakan naib presiden ketika bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lalu.
Mohamad, 55, berkata beliau tidak pasti sekiranya akan ada pertandingan bagi jawatan nombor dua kali ini.
 Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor. - Mat Sabu
“Sama ada ada pertandingan atau tidak, saya tidak tahu. Tapi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu kalau diterima perwakilan,” katanya.
PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.
Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.
Sebelum ini, Mohamad berkata, beliau hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS sekiranya mendapat sokongan dan pencalonan yang kuat di peringkat kawasan.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding kerana mahu membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam, khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden telah mengumumkan tidak akan berbuat demikian.
Dua tahun lalu selain Mohamad, turut bertanding mencabar Nasharudin ialah Datuk Husam Musa, seorang lagi naib presiden ketika itu dan Exco Kerajaan Negeri. http://www.themalaysianinsider.com

Saturday, 23 April 2011

PELBAGAI RESPON ISU MEPIMPINAN PAS


Husam: PAS perlu disegarkan, bukannya ganti Hadi

April 23, 2011


KUALA LUMPUR, 23 April — Sambil mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam pc 01Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden keraba beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.
“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).
“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.
Kata Husam (gambar), Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang perlu memberikan ruang kepada profesional dan muka baru supaya terlibat dalam barisan kepimpinan PAS.
“Pada pendapat saya Hadi perlu dibantu oleh profesional untuk memperkuatkan dan memperkasakan PAS, perlu dapatkan khidmat nasihat dari orang luar.
“Kita ada ramai profesional dan anak muda dalam PAS, beri sedikit ruang yang lebih kepada mereka. Selain itu, kita juga perlu melakukan transformasi dalam usaha memperkukuhkan PAS,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari bahawa Hadi libiliti kepada PAS, Husam menegaskan pemimpin veteren itu bukan seperti yang didakwa.
“Itu pendapat beliau (Aziz), akaun beliau dengan akaun saya lain... tidak sama.
“Bagi saya Hadi bukan liabiliti kepad PAS, kepimpinan beliau masih diperlukan, cuma PAS perlu disegarkan semula,” katanya.
Aziz sebelum ini menegaskan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.
Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.
Bagaimanapun dakwaan Aziz itu dinafikan pemimpin tertinggi PAS sambil menegaskan, kepimpinan Hadi masih diperlukan.
Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian mesyuarat agung itu, Husam menegaskan, BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan parti perikatan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu menyediakan pelan pengukuhan dalam menghadapi serangan daripada BN.
“Bagi saya musuh-musuh kita seperti BN akan sentiasa mencari jalan untuk merenggangkan hubungan kita kerana asas kemenangan BN adalah perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan juga PAS.
“Bila berpecahnya Pakatan Rakyat... berpecahnya PAS dengan sendiri BN akan kekal berkuasa,” katanya.



Fokus jatuhkan BN, bukan pemimpin PAS- Husam


Harakahdaily 
KUALA LUMPUR, 23 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa menegaskan bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada.

Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Beliau yang juga Bekas Naib Presiden PAS berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini.

Tambahnya, apa yang penting kepada PAS sekarang adalah proses "penyegaran" semula dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru kata beliau, usaha yang perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan Barisan Nasional (BN), bukannya Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menyatakan kepada Abdul Hadi untuk terus menerajui kepimpinan PAS



Wednesday, 20 April 2011

Kempen tubuh kelab penyokong Mat Sabu

Abdul Rahim Sabri Apr 20, 11
Pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini semakin menarik apabila wujudnya kempen untuk menubuhkan kelab penyokong Mohamad Sabu yang akan bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

mohamad sabu 040908 03Kempen itu kini giat berjalan menerusi laman sosial Facebook yang turut mengumumkan - Kelab Mohamad Sabu Dot Com - bakal dilancarkan pada 6 Mei depan.

Paparan laman sosial itu turut mengumumkan pelancaran kelab itu akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSAH) pada jam 8 malam.

Kempen Facebook itu juga kini giat mempromosi untuk mengumpul individu yang berminat untuk menjadi ahli kelab tersebut. Mereka boleh mendaftar melalui laman sosial tersebut.

Ini adalah kali kedua Mohamad menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Dalam pemilihan parti dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, dalam pertandingan tiga penjuru. Seorang lagi calon ialah Datuk Husam Musa.

husam musa mat sabu nasharuddin mat isa 220409Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu pula memperolehi 261 undi.

Tokoh aktivis yang popular sebagai 'Abang Mat' itu kini layak untuk bertanding jawatan tersebut selepas mendapat tiga pencalonan dari Kubang Kerian, Bukit Bintang dan Muar.

Mohamad Sabu dilapor menawarkan diri bertanding jawatan tersebut bagi membantu presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. 

Mohamad yang pernah ditahan di bawah ISA, juga mahu membantu Abdul Hadi memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan NGO dengan melaksanakan tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat.

Monday, 18 April 2011

Analisa Sarawak - Sambungan

Salam, dengan tujuan muhasabah terbuka dan berlapang dada, dipetik beberapa komen dan analisa prestasi PAS/PR dalam Pilihanraya Sarawak 2011


Henti salahkan pengundi tak pilih BN, kata ahli MT Umno


KUALA LUMPUR, 25 April — Komponen Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan ataupun menuduh mereka yang tidak mengundi perikatan itu ketika pilihan raya termasuk di Sarawak baru-baru sebagai tidak bersyukur, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.
Sebaliknya tegas beliau, setiap pihak perlu menghormati hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.
“Dengan penuh rendah diri, saya menyeru rakan-rakan dalam BN supaya tidak menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya sebagai tidak bersyukur kepada kerajaan BN,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita,” kata beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang  menuding jari, malah mahu masyarakat CIna di Sarawak dihukum kerana memperlihatkan sokongan kuat kepada DAP, parti komponen Pakatan Rakyat, ketika pilihan raya negeri 16 April lalu.
Selain undi populariti, kerusi dimenangi DAP meningkat dua kali ganda berbanding pilihan raya negeri 2006.
Di Sarawak, BN memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 dan Bebas satu.
Akhbar-akhbar milik Umno juga menyatakan pendirian sedemikian agar BN tidak lagi bertindak sebagai “pemurah” kepada kaum Cina ekoran perkembangan di Sarawak.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008, arah aliran sokongan masyarakat Cina kepada BN tidak banyak berubah.
Pandangan agar BN bertindak ‘keras’ terhadap pengundi-pengundi CIna juga disaksikan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor awal tahun lalu.
Kerusi itu disampas balik oleh BN, tetapi majoriti undi masyarakat Cina masih kekal di pihak pembangkang.
Saifuddin yang juga timbalan menteri berkata, “sebagai ahli parti BN, saya percaya kita telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat tanpa mengira kaum dalam setiap pilihan raya kecil termasuklah pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.”
“YAB Perdana Menteri sendiri telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru dalam menawan hati rakyat semua kaum.
“Saya optimis sekiranya BN konsisten dengan usaha-usaha kita sekarang, BN akan memenangi semula hati rakyat semua kaum,” katanya.
Justeru soal Ahli Parlimen Temerloh ini, jika setiap pihak memilih untuk menyalahkan pengundi-pengundi terbabit khususnya masyarakat Cina, bagaimana parti-parti BN hendak berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya akan datang.
“Bagaimana jika pada ketika itu mereka menempelak kita? Bagaimana jika kali ini mereka pilih pembangkang hanya sebagai protes sahaja, tapi, dek kerana cara negatif kita itu, maka mereka terus menerus pilih pembangkang kerana tindak-tanduk kita,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Bernama Online memetik Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti teras BN itu yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.
Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.
“Saya percaya orang cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.
“Justeru, saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru malam tadi.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini.





KUALA LUMPUR, 18 April — Meskipun gagal mencapai keputusan yang disasarkan tetapi Pakatan Rakyat (PR) berjaya “menanam benih politik murni” supaya penduduk Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada pilihan raya negeri ke-10 kelmarin, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperoleh 55 kerusi manakala PR 15 dan Bebas satu.
PR menggandakan kerusi dan undi popular yang diperoleh mereka kali ini berbanding lima tahun lalu.
“Pilihan raya negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan mustahil. 
“Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan demokratik,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.
Ketua Umum PR itu menambah, hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, PR tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat BN.
Dalam kenyataan ringkasnya ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menenangkan pengikut dan penyokongnya bahawa keputusan kali ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. 
“Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ia terlaksana. 
“Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya yg akan datang,” katanya Ketua Pembangkang ini.
PR bertanding dengan 47 calon PKR, DAP 15 dan PAS lima dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah Sarawak ini. Seramai 213 bertanding kali ini.
Anwar juga berkata sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tercalar kerana wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. 
“Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih dari penipuan,” katanya.
Selain itu kata beliau, terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.
Kata Anwar, keengganan SPR untuk mengira semula undi bagi kerusi Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa SPR bertindak demi kepentingan BN.
“Calon PKR Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?’ katanya lagi.
Laporan media menyebut PKR bercadang memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan bagi kerusi Senadin.
Teo kalah tipis kepada Datuk Lee Kim Shin daripada BN.
Naib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi.
Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi manakala Teo pula meraih 7,276 undi.