Nasharudin masih dapat sokongan pertahan timbalan
Wednesday, April 27, 2011
Nasharudin Mat Isa, timbalan presiden PAS masih mendapat sokongan ramai dalam parti untuk mempertahankan jawatan nombor dua, walaupun berdepan tekanan pesaing-pesaing.
Nasharudin yang berdepan saingan sengit dalam pemilihan yang lepas dan jarang muncul dalam media kebelakangan ini menerima beberapa pencalonan untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden.
Beliau yang diletak sebagai mewakili golongan ulama dalam PAS disokong untuk mempertahankan jawatan itu yang dilihat sebagai bakal pengganti presiden.
Faktor mengekalkan tokoh berpendidikan agama sebagai dua pemimpin tertinggi yang menjadi amalan PAS selama ini menyumbang kepada sokongan dan pencalonan diterima beliau.
Golongan ulama dan agamawan yang menguasai akar umbi parti dilihat berusaha memastikan jawatan nombor dua itu dipegang tokoh berpendidikan agama yang dilihat sebagai mampu memimpin parti Islam itu.
Nasharudin mempunyai latar pendidikan Islam dan bergiat dalam aktiviti gerakan Islam antarabangsa, termasuk di Palestin.
Sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang dilihat ramai sebagai layak memegang jawatan timbalan presiden menolak pencalonan untuk jawatan itu.
Nasharudin mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 2009 menewaskan dua calon berprofil tinggi yang mendapat sokongan ramai di dalam dan luar parti; Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu telah menunjukkan kesediaan mencabar Nasharudin buat kali kedua tahun ini, dan sudah mengatur kempen membina sokongan.
Husam pula dilihat memberi laluan kepada Mohamad untuk mencabar Nasharudin apabila kawasannya, Kubang Kerian mencalon Mohamad untuk merebut jawatan timbalan presiden.
Husam dicalonkan untuk mencabar Presiden Abdul Hadi Awang oleh PAS Kawasan Bukit Bintang, tetapi menolak pencalonan itu dan mengatakan Abdul Hadi tidak perlu dijatuhkan.
Selain Mohamad, beberapa nama lain turut disebut untuk bertanding jawatan nombor dua itu, tetapi belum ada lagi yang menyatakan kesediaan bertanding.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
komen
Jika ahli cinta kepada Ust Nasa maka dia akan kekal diberi amanah Timbalan Presiden PAS.Tetapi jika ahli lebih cintakan PAS dan Rakyat maka lebih baik beri ruang persegaran kepada PAS dan PR. Semua harus bertanggungjawab menjernihkan persepsi rakyat dengan isu PAS-PR-UG(PAS-UBN).Maka Rakyat akan memandang tinggi kerana PAS benar-benar Untuk Semua dan Pemimpinnya memang berjiwa besar dan benar-benar bersama Rakyat.
Nik Aziz Mahu Tuan Ibrahim Tanding Timbalan Presiden? http://msomelayu.blogspot.com
Respon dan komen di hujung
MALAM tadi ketika makan bersama dua kawan, tokoh politik kami membicarakan siapa yang layak untuk jadi timbalan presiden. Tanpa mengenepikan timbalan sekarang, Nasharudin Mat Isa, sesiapa yang hendak menentang beliau mestilah mereka yang lebih berilmu, bersyaksiyah berbanding dengan Nasharudin, begitu kata saya.
Kata saya Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi sayang ia tidak diguna sepenuhnya dan kesempatan untuk belaiu pamirkan kebolehan itu semacam tersekat inilah menyebabkan beliau seakan tidak berketrampilan.
Bila kawan itu tanya saya tentang hasrat Mohamad Sabu saya tidak memberi apa-
apa komen. Saya hanya menjelaskan apa isyarat yang saya perolehi di Kuching dua migngu lepas. Kalau isyarat ini boleh diyakin dan ianya jelas, maka penama inilah yang layak untuk dicalonkan bagi merebut jawatan berkenaan. Isyarat itu juga menunjukkan Mohammad Sabu tidak berapa disenangi.
Saya juga mengira kalau orang ini dicalonkan ia menyebabkan Nasharudin berada dalam keadaan serba salah. Satu keputusan yang amat berat untuk dilakukan oleh ahli Parlimen Bachok itu.
Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata.
Apabila isyarat itu sudah jelas saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekaligus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan yang menarik diri.
Walaupun sebelum ini Tuan Ibrahim mengatakan dia akan menolak pencalonan tetapi dengan terluahnya isyarat itu beliau akan memikirkan kembali. Saya percaya.
Ulasan lanjut akan menyusul. [ttdi. 1:22 T/HARI 26/04/11]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Respon:
Rasanya, dengan konsistennya penentangan TG Mursyid Am PAS terhadap agen, agenda dan penyokong Kerajaan Perpaduan(UG) PAS-UBN maka, bukanlah abang Mat yang dia tidak senangi.
Nampak seperti gerakan saraf penyokong UG untuk menghalang kemaraan Pro-PR, Anti-UG atas nama Tuan Guru Mursyid Am.

No comments:
Post a Comment