About This Blog

Bermula dengan rasa kagum dan terdorong, Blog ini didedikasi untuk saudara Muhammad bin Sabu, seorang pejuang rakyat sekian lama dan seorang ahli politik Islam di Malaysia. Blog ini mengongsi pelbagai topik kemasyarakatan, topik berkaitan Muhammad Sabu dan perjuangannya. Saya amat berbesar hati jika pelawat semua dapat kongsikan maklumat yang berkaitan dengan tema blog ini

Tuesday, 12 April 2011

Apa Agaknya Pendirian Abang Mat Dalam Isu-Isu Macam Ni?

Tertarik dengan perbincangan menilai pendekatan parti islam, saya

turunkan sedutan komen dari kawan-kawan di FB Hasrizal Abdul Jamil

Juga dapat dilihat keterbukaan pemberi komen termasuk Nasrudin Hassan 
yang mana telah mengeluarkan respon di media berkenaan pencalonan.

Ameen ya Rabb al-'Aalameen...!

www.malaysiakini.com
Dalam satu keputusan yang mengejutkan, PAS Kawasan Bukit Bintang telah
mencalonkan exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa untuk bertanding
jawatan presiden PAS dalam muktamar Jun ini.

Yesterday at 4:10pm ·  ·  · Share

  • You, Nazhatul Muna Ahmad NasarudinAinon Mohd. and 63 others like this.
    Yesterday at 4:10pm ·  ·  · Share
      • Kamarul Z Zarkasi eh.. ustaz suka ye? ... :) Amin ya Rabb al-'Aalameen..
        Yesterday at 4:11pm · 
      • Rusdi Abu Bakar AMEEN!!!
        Yesterday at 4:11pm · 
      • Aiman San Syukur
        Yesterday at 4:11pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Bukan suka tak suka, tapi kerana sayangkan Malaysia
        Yesterday at 4:12pm ·  ·  16 people
      • Mohd Hafiz Yusof Perkembangan menarik! Go for it
        Yesterday at 4:15pm · 
      • Emran Bin Ahmad Ana juga sependapat dengan al-fadhil ustaz...demi survival dakwah Islam yang dibawa oleh PAS memerlukan orang seperti beliau yang menduduki kepimpinan...
        Yesterday at 4:15pm ·  ·  1 person
      • Ahmad Fikry Ameen..
        Yesterday at 4:20pm · 
      • Nazim Mohd Saleh teringat plak masa beliau 'berdialog' dgn KJ
        Yesterday at 4:22pm · 
      • Adib Faisal Yaacob ni bukan sekadar reformasi..dah mencapai tahap revolusi dah ni..ana tak pelik kalau ada orang buat demo di Masjid Rusila menyokong TGHH..
        Yesterday at 4:22pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Demo memasak
        Yesterday at 4:25pm ·  ·  3 people
      • Adib Faisal Yaacob nyum nyum :)
        Yesterday at 4:26pm · 
      • Azmie Taha cuba kita elak sikit dari fikirkan : demonstrasi itu merosakkan sahaja...(Teringat kuliah tok guru nik aziz...5 kali sari semale demo depan Allah)
        Yesterday at 4:28pm ·  ·  1 person
      • Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin Aminn!
        Yesterday at 4:32pm ·  ·  2 people
      • Auzani Akramin anjakan paradigma ni.tapi berapa ramai yang boleh mengubah paradigma berfikir diri mereka?
        Yesterday at 4:33pm · 
      • Low Yit Kun Saya yakin,PAS akan berpecah belah, sekiranya beliau menjadi Presiden.
        Yesterday at 4:34pm · 
      • Ahmad Azri Kabo angin kata peneraju geng Muqabalah bakal masuk UMNO.
        Yesterday at 4:36pm ·  ·  1 person
      • Hasrizal Abdul Jamil Jika berpecah, terzahirlah kumpulan yang bersungguh untuk memenangkan Islam berbanding kumpulan yang hanya mahu memenangkan 'kehendak parti'
        Yesterday at 4:39pm ·  ·  25 people
      • Noor Azree Hussin ada juga ahli nujum dlm hal ini...
        Yesterday at 4:42pm · 
      • Low Yit Kun Bukan Nujum Pak Belalang, tapi ini bacaan politik peribadi. Hari ini pun, sudah jelas banyak perpecahan.
        Yesterday at 4:43pm · 
      • Noor Azree Hussin maaf, positif..saya pinjam balik ayat ustaz "Jika berpecah, terzahirlah kumpulan yang bersungguh untuk memenangkan Islam berbanding kumpulan yang hanya mahu memenangkan 'kehendak parti'"...
        Yesterday at 4:50pm ·  ·  2 people
      • Hasrizal Abdul Jamil Menutup kelemahan, menolak perubahan demi mengelak perpecahan, adalah perangai UMNO. Kalau PAS nak menghirup minuman UMNO, dia akan mengadap hukum Sunnatullah
        Yesterday at 4:51pm ·  ·  13 people
      • Low Yit Kun Kalau "kehendak Parti" untuk memenangkan Islam, apa salahnya?
        Yesterday at 4:51pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Memilih cara kalah untuk menang?
        Yesterday at 4:52pm ·  ·  4 people
      • Syazwan Zawawi yet emosional still on of the factor rather than rational
        Yesterday at 4:53pm · 
      • Low Yit Kun Bukan begitu ustaz, memilih jalan berhati-hati untuk menang, berdasarkan iktibar daripada kes-kes serangan pada Ulama sebelum ini.
        Yesterday at 4:53pm · 
      • Ahmad Azri Jika kita membaca buku Menuju PAS Baru, karya Dr. Mujahid. Kita sudah tentu sudah dapat mengagaknya.
        Yesterday at 4:54pm · 
      • Firdaus Bin Omar Amin...
        Yesterday at 5:01pm · 
      • Syazwan Zawawi tapi menyelami perwakilan2 ni, rasenya still susah utk mereka against Ulama'. unless TGHH sendiri meletak jawatan. dan Husam tidak buat kenyataan2 yg ke arah perebutan jawatan instead of perbetulkan PAS
        Yesterday at 5:02pm · 
      • Syazwan Zawawi pemilihan PAS bkan mcm pmilihan parti lain. ia pemilihan untuk berbaik.pemilihan utk amanah. bukan utk jawatan semata2
        Yesterday at 5:03pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil 
        Jika title ulama nak dipertahankan nescaya bingunglah kita nak memahami sejarah mengapa Yazid bin Muawiyah dilantik sebagai pengganti Muawiyah ketika ramai sahabat besar seperti Abu Hurairah masih hidup dan sihat walafiat.

        Dalam Islam, kelayakan ialah pada Qawiy dan Amin. Jika profesional yang kurang ilmu agama boleh merendah diri mendengar nasihat-nasihat ulama dalam bab yang dia kurang, itu lebih baik daripada ulama yang kurang ilmu ekonomi atau policy studies tetapi degil menolak nasihat pakar dalam bidang yang dia tidak mahir.

        Mempertahankan ulama yang tidak kompeten adalah formula yang meruntuhkan Eropah di zaman Pencerahan
        Yesterday at 5:04pm ·  ·  26 people
      • Afyan Mat Rawi 
        PAS Kawasan Bukit Bintang? Oh, yang mencalonkan TGNA sebagai Presiden dua tahun lalu. Kalau tak silap, pada waktu itu ahli PAS berdaftar tidak sampai 100 orang, dan yang datang masyuarat agung tahunan tidak sampai 20 orang.

        Malaysiakini? Oh, yang....
        Yesterday at 5:04pm ·  ·  4 people
      • Syazwan Zawawi yup. cth Ahmadinejad bukan ulama' tp sangat menghormati ulama'.put aside different sect
        Yesterday at 5:05pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Jika perubahan ini gagal, saya yakin nasib PAS di dalam pilihanraya akan datang adalah 2004 dan bukan lagi PRU sebelum atau selepasnya.

        Yakin 100%, bersandarkan Masyiatillah
        Yesterday at 5:06pm ·  ·  1 person
      • Abdul Hadi Alias Husam as timb pres will do. Presiden tu jauh sgt.
        Yesterday at 5:06pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Takpe. Presiden ke Tim Presiden, terpulang. Najib dapat laluan jadi PM pun selepas Pak Lah jadi kambing hitam.

        Sabar itu indah...
        Yesterday at 5:08pm ·  ·  4 people
      • Low Yit Kun Sebab itu PAS menubuhkan PKN, kemudian dikenali sebagai PKR untuk golongan yang tidak mahu mengikuti adab dalam berjemaah. Apa yang saya faham, PAS tidak mengiktiraf pemimpin yang gilakan jawatan, dan PKR lah tempat mereka yang selayaknya.
        Yesterday at 5:08pm ·  ·  2 people
      • Mohammad Rahfity Abdul Aziz kita masih ada mursyidul am dalam menasihati perkara-perkara yang melibatkan mendalam dalam persoalan agama. apa salahnya kita katakan ya pada orang yang ada kredibiliti dalam pelbagai bidang pentadbiran, politik, ekonomi dan lain-lain.. menyokong husam tidak bermaksud menentang ulama'.
        Yesterday at 5:08pm ·  ·  5 people
      • Abdul Qayyum Hadi Ust, bagaimana pulak dengan 'bakal' timbalan presiden tu?

        saya tak setuju...
        Yesterday at 5:08pm · 
      • Raihan Tahir 
        ust: saya tidak menyokong Dato' Husam jadi presiden, tapi saya menyokong dia bertanding, klu gitu amacam?
        Saya anti-ustaz2/ ulama2 pseudo ilmu, merasa dgn sijil ustaznya dia boleh komen suka2 hati bab2 ilmu lain mcm dia ada ilham laduni la p...See More
        Yesterday at 5:09pm · 
      • Syazwan Zawawi saya juga berfikir yg demikian. slow2 lah. betul kan satu2, i guess
        Yesterday at 5:09pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Betul Rahfity. Apabila isteri saya mengaminkan pencalonan Husam, itu tidak bermakna beliau menghina suaminya, seorang ustad
        Yesterday at 5:10pm ·  ·  8 people
      • Hasrizal Abdul Jamil ‎"PAS tidak mengiktiraf pemimpin yang gilakan jawatan"

        Mudah-mudahan kaedah ini dihayati oleh semua lapisan ahli jemaah
        Yesterday at 5:12pm ·  ·  7 people
      • Firdaus Bin Omar Mungkin Hussampun x tau menaupun yang dia dicalunkan tetapi ramai yang dah seronok menghentam beliau kerana nx mengikut jemaah dan sebagainya. Lebih kurang Umno aje aku tengok.
        Yesterday at 5:13pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Boleh je akhi Raihan. Ana sebagai ulama, membenarkan anta berpandangan begitu.
        Yesterday at 5:14pm ·  ·  2 people
      • Hasrizal Abdul Jamil Bila perangai UMNO banyak berjangkit ke dalam PAS, Unity Gov pun semakin mudah laluannya insya Allah
        Yesterday at 5:16pm ·  ·  2 people
      • Marwan Bukhari ust hasrizal bila nak bertanding? :)
        Yesterday at 5:20pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Bertanding apa, akhi Marwan? The Biggest Losers ke?

        Count me in!
        Yesterday at 5:26pm ·  ·  6 people
      • Firdaus Bin Omar HAJ: Hehe...
        Yesterday at 5:26pm · 
      • Ahmad Hisham Shamsuddin ‎"dan kesudahan yg baik bagi orang2 yang bertaqwa.."
        Yesterday at 5:29pm · 
      • Marwan Bukhari bertanding dewan Muslim Demokrat ustaz.. amacam? saya akan dokong :)
        Yesterday at 5:29pm ·  ·  1 person
      • Pokteh Al-Mirsingi Apa yang kita suka tidak semestinya betul..da apa yang kita tidak suka tidak semestinya salah..InsyaAllah selagi PAS berpegang kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah sebagai asas perjuangan, xkira lah siapa yg terajuinya..ambillah sikap bersederhana tuan-tuan sekalian..:)
        Yesterday at 5:42pm ·  ·  5 people
      • Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir aha!
        Yesterday at 5:45pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Bersederhana... itu sentiasa berguna. Jangan melampaui batas
        Yesterday at 5:46pm ·  ·  2 people
      • Mohd Dzulhuzmi Nasruddin Masa untuk PAS membuat perubahan.
        Yesterday at 5:46pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Dan saya harap pesanan bersederhana itu tidak mematikan perbincangan
        Yesterday at 5:47pm · 
      • Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir masing2 ada pandangan...
        Yesterday at 5:54pm · 
      • Ahmad Faizal Mohd Zani kena tengok sokongan pas kelantan camnelah mereka yang selalu berurusan denganbeliau dan tahu sisi sisi lain yang mungkin kita tak tahu
        Yesterday at 5:58pm · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Oh tidak... Ayat-ayat klise boleh membunuh perbincangan
        Yesterday at 5:58pm ·  ·  5 people
      • Zulhelmi Amir Berilah golongan muda yang memimpin barisan hadapan perang, manakala ulama serta golongan senior memberi endorsement dan menjadi pengawas kepada golongan muda. Teringat Sultan Al-Fatih yang dibelakangnya ulama Ab Shamsudin.
        Yesterday at 6:36pm ·  ·  4 people
      • Firdaus Hasim keputusan Jun ni menentukan sama ada penyokong dan ahli seperti kami kembali aktif atau kekal aktif di luar sahaja.
        Yesterday at 6:43pm · 
      • Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir Saya fikir, semua perlu mengerti apa isu utama yang mahu dilontarkan. Pada saya yang utama bukan Husam atau siapa. Yang lebih utama ialah perlunya perubahan positif.
        Yesterday at 6:46pm · 
      • Taj Rijal Susah mengubah fikrah 'itu' yang ada dalam PAS.. namun jika mahu Malaysia berubah PAS perlu berani berubah. Adakah ahli PAS sedia membuka minda, meletak penilaian berdasarkan ilmu dan membuang jauh-jauh ketakassuban 'itu'.. itu saya tidak tahu. Saya doakan PAS terus utuh dan disinari hidayah Ilahi.
        Yesterday at 6:48pm ·  ·  2 people
      • Hasrizal Abdul Jamil Jika tak pernah berubah, tidaklah terkilan sangat. Tetapi setelah berani berubah di PRU 2008, kita berpatah balik ke belakang. Terasa kesal sungguh apabila saya muhasabah balik ceramah kempen pilihanraya 2008 yang lalu
        Yesterday at 6:49pm ·  ·  2 people
      • Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir barangkali berubah secara tak sengaja? atau bagaimana?
        Yesterday at 6:50pm · 
      • Kamarul Z Zarkasi 
        ‎"Tetapi setelah berani berubah di PRU 2008, kita berpatah balik ke belakang" - terjadi begitu kerana termakan propaganda musuh.. Melayu akan hilang kuasa dan akan hilang keTuanannya.. lebih parah apabila merasa Melayu menolak Pas kerana bersama Dap.. Sedangkan ada golongan yg mengaku Ikhwan dan alim pun terpengaruh dgn hal2 Melayu ini, sudah tentu di dalam Pas pun tidak terkecuali.. Jika tidak, masakan sanggup ada kumpulan ustaz2 yg berani mengeluarkan slogan "MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT"?.. semoga Pas berani di dalam perubahan yg positif seperti mana Almarhum Ustaz Fadzil Noor berani mengambil risiko menyokong gerakan Reformasi 1998!
        Yesterday at 6:57pm ·  ·  4 people
      • Ahmad Affzan Abdullah saya sokong pencalonan ini :)
        Yesterday at 7:42pm · 
      • Muhammad Za'im Mohamad Yusoff amboi, hangat no :) meh pekena kopi secawan sambil dengaq apa orang OZ cakap pasai PAS :Dhttp://www.youtube.com/watch?v=apZOiVrOB9c&feature=related khas daripada ABC Ostrolia! :) subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil'adzim~
        23 hours ago · 
      • Ashraf Latif Hok penting, Datuk Husam jadi calom MB Kelantan :)
        21 hours ago ·  ·  2 people
      • Azrul Hasni Madisa well, it's about time
        21 hours ago · 
      • Omar Mohamed Elbaritii Wah, rajin merespon.. Tentu dah lama memendam idea tuh
        19 hours ago · 
      • Hasrizal Abdul Jamil dah jadi pekasam
        19 hours ago ·  ·  2 people
      • Omar Mohamed Elbaritii Ana suka idea itu diletak pada bahu MB teman dan mike. Bukan nak mematikan perbincangan, tapi susah la bro, nak hadamkan idea dengan calon yang ana sendiri dan ramai, tidak yakin kelayakannya. Dalam blog ada ana sebut untuk TimPres
        19 hours ago · 
      • Hasrizal Abdul Jamil Ana boleh bersetuju aja. Kerana ana tiada sebarang sentimen atau kecenderungan khusus kepada Haji Husam atau mana-mana. Yang penting ialah PERUBAHAN. Bukat setakat ubah orang tapi ubah wajah dan pendekatan
        19 hours ago ·  ·  1 person
      • Omar Mohamed Elbaritii Ana tetap memegang erat kepada pandangan Ibnu Taimiyyah. Dalam masa sama, ana memahami kenapa "vs" itu masih terus wujud.
        19 hours ago ·  ·  1 person
      • Omar Mohamed Elbaritii Dan hadis cukup jelas memuji penguasa yang mendampingi Ulama...
        19 hours ago · 
      • Nasrudin Hassan 
        Perubahan suatu yang mesti justeru ia adalah sunnatullah. Berani melakukan perubahan pula adalah sifat pejuang yang turun bergelanggang. Perubahan bermaksud dari tdk baik kpd yg baik atau yang baik kpd yg lebih baik. Jika sebaliknya, maka tiadalah nilai dan erti pd perubahan itu. Namun ia suatu yg subjektif. Pd satu perkara, ada yg menilainya baik dan ada pula yg menilainya tdk baik. Sukar mencari ijmak dlm perkara yg subjektif sebegini. Namun PAS adalah sebuah parti yg membuka ruang utk siapa shj mencalon dan dicalonkan. Perwakilan akan memilih sdg perwakilan adalah yg terpilih pula dari seluruh pelusuk kawasan.
        18 hours ago ·  ·  3 people
      • Nasrudin Hassan Ertinya, kepercayaan wajar disandarkan kpd perwakilan untuk membuat pilihan tepat tanpa prejudis. Andai calon yg kita sokong itu menang, bantulah ia utk terus berjuang dan beristighfarlah kpd Allah swt. Andai calon yg kita sokong itu kalah, usah kecewa apalagi mogok dan berkata : PAS tidak berubah, sebaliknya kembali kpd saff perjuangan, kita bina dan beri sumbangan sehebat mungkin
        18 hours ago ·  ·  4 people
      • Hasrizal Abdul Jamil Benar... sebab itu apa sahaja badai yang menyapa, kaki tidak berganjak. Semoga perubahan dalam apa bentuk yang berlaku sekali pun, adalah ke arah yang lebih maju.
        18 hours ago ·  ·  2 people
      • Omar Mohamed Elbaritii Ustaz Hasrizal (pada pengamatan ana) cuba fokuskan kepada kelemahan sedia ada yang tak berubah...
        18 hours ago · 
      • Nasrudin Hassan 
        isu ulama' , profesional dan aktivis bukanlah isu sebenar atau ia bukanlah sebenar - benar isu, sebaliknya ia adalah isu yg di "creat" utk terus meletakkan PAS dalam polemik. Sedang Islam telah mengajar bahawa kepimpinan adalah milik mereka yg "layak" . menyerah urusan kepimpinan kpd yg tidak layak akan mengundang kebinasaan. Tiada title tertentu pd yg layak. Mungkin ulama' yg layak, mungkin prof yg layak dan mungkin aktivis yg layak. Untuk menilai siapa yg layak pula, sekali lagi kepercayaan wajar diberi kpd perwakilan. Setiap ahli yg tidak melanggar prinsip perjuangan Islam berhak mencalon dan diccalonkan.
        18 hours ago ·  ·  3 people
      • Omar Mohamed Elbaritii Malah ramai yang sembunyikannya di bawah karpet hijau. Malah sudah ada yang menyapu rata pada title ulama.
        18 hours ago ·  ·  1 person
      • Hasrizal Abdul Jamil Keresahan tidak bertumpu kepada isu, tetapi kepada trend. Trend itulah tempat membaca kecenderungan perwakilan yang bakal memilih. Dan Trend bukan terbit kesan isu sehari dua. Ia accumulated
        18 hours ago ·  ·  2 people
      • Nasrudin Hassan Insyaallah, keresahan yang melanda akan melonjak perubahan yang dimaksudkan dan dalam masa yg sama insyaallah, perjuangan Islam ini akan terus dipelihara oleh Allah melalui pejuang - pejuangnya yang ikhlas
        18 hours ago ·  ·  2 people
      • Nura Mohamed Jamri perubahan itu perlu.
        11 hours ago · 
      • Ahmad Naim Jaafar saya sokong. Setelah berurusan dengan beliau dalam beberapa transaksi strategik di Kelantan, saya letakkan Husam sebagai tokoh yg boleh bawa PAS ke hadapan walaupun saya golongkan beliau "an equally strongman"
        9 hours ago ·  ·  2 people
      • Mohd Zafri Osman Menarik sekali perbincangan ini. Boleh lihat pola pemikiran dar komen2 yg diberi. Lebih menarik lagi bila kita lihat siapa yg "Like" komen2 tertentu walaupun mereka tak mengomen. Ada dari pimpinan tuu..
        9 hours ago ·  ·  1 person
      • Muhammad Haziq Ab Rahman Kalaulah benar.. perkara ini adalah suatu yang sangat besar.. ana rindu kepada arwah Ustaz Fadzil Nor..
        4 hours ago · 
      • Imam Muda Asyraf teringat sejarah setiap presiden Ikhwan di Mesir....
        about an hour ago · 
      • Nasrudin Hassan Ya.. kita semua rindu kepada ustaz Fadhil Noor, kelak apabila Tuan Guru Hj Abd Hadi meninggalkan kita, kita pula pasti akan merinduinya jua.
        58 minutes ago · 

No comments:

Post a Comment